Dari Ibnu Mas'ud RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Wanita itu seluruhnya aurat".(Thabrani)
Aurat,menurut bahasa adalah sesuatu perkara yang 'memalukan' jika diperlihatkan.Boleh juga disebutkan bahawa aurat adalah sesuatu yang menjadi keaiban atau tercela apabila diperlihatkan.Maka seseorang yang menampakkan auratnya di hadapan orang lain adalah mereka yang tidak memiliki rasa 'malu' atau mereka yang memiliki aib.
Allah SWT berfirman,"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri kaum mukminiin,hendaklah mereka memanjangkan jilbab mereka ke seluruh tubuh.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(al-Ahzab ; 59)
Syeikh Rasyid Ridho dalam kitabnya 'Nida Lil Jins al-Lathif' menerangkan latar belakang turunnya ayat ini bahawa sebelum ayat ini diturunkan,wanita mukminaat biasanya memakai pakaian seperti lazimnya wanita-wanita bukan Islam pada masa jahiliyyah,iaitu terbuka leher dan sebahagian dada-dada mereka.Hanya sesekali sahaja mereka memakai jilbab,itupun tidak semua.
Jilbab adalah sejenis pakaian luar yang menutupi anggota badan.Jika mereka rasa perlu mereka memakainya tetapi jika tidak perlu maka mereka tidak akan memakainya.Orang-orang yang gemar mengusik lantas mengganggu mereka kerana wanita-wanita itu disangka hamba sahaya.Sebab kebiasannya hamba sahayalah yang sengaja memperlihatkan aurat mereka.Kebiasaan itulah yang dijadikan alasan kaum munafiqin untuk mengganggu wanita mukiminah termasuk isteri-isteri Nabi SAW.Mereka beralasan bahawa mereka sangka wanita-wanita itu adalah hamba sahaya.Kerana itu Allah SWT memerintahkan kepada seluruh wanita mukminaat supaya mememanjangkan jilbab-jilbab mereka dengan menutup kepala dan leher hingga ke dada mereka.Dengan demikian mereka dapat mengenali bahawa wanita-wanita yang memakai jilbab adalah wanita-wanita mukminaat.
Menutup aurat bagi wanita adalah hikmah daripada Allah SWT untuk menyelamatkan kaum wanita dari bahaya fitnah.Sebagaimana ditegaskan oleh Umar ibnu al-Khattab RA,beliau berkata,"Bertaqwalah kepada Allah,Tuhan kalian semua dan jangan biarkan isteri dan anak perempuan kalian mengenakan pakaian Qibthi,kerana sekalipun tidak nipis namun ia dapat membangkitkan rangsangan dan mengundang fitnah".(Tarikh at-Thabari,4/215)
Dr Anwar Jundi menulis bahawa Islam menekankan supaya wanita melindungi diri dengan cara memakai pakaian yang menutup seluruh tubuhnya.Mengharamkan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya dan apa saja aktiviti yang akan mendatangkan maksiat.Usaha-usaha ini adalah untuk menyelamatkan wanita Islam dari fitnah dan juga menyelamatkan masyarakat daripada fitnah wanita.
Beliau menambah bahawa dengan berbagai cara pula musuh-musuh Islam mempropagandakan "bugilisme".Mereka mencanangkan falsafah buruk yang keluar dari norma-norma masyarakat.Mereka menciptakan rancangan pakaian yang tidak dapat dibezakan yang mana pakaian lelaki dan yang mana pakaian wanita.Sehingga sudah tidak ada lagi batas-batas yang memisahkan antara pakaian lelaki dan wanita.Akibatnya perbuatan haram pun berkembang iaitu wanita kelihatan seperti lelaki atau lelaki kelihatan seperti wanita.Ini kerana dipengaruhi oleh fesyen pakaian.
Berjilbab.
Allah SWT berfirman,"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya."(an-Nuur :31)
Dengan beralasan demi kecantikan dan rasa malu sekiranya menutup aurat,ramai kaum wanita mengatakan,"belum waktunya untuk menutup aurat,''Padahal waktu demi waktu,mangsa-mangsa akibat kelalaian menutup aurat sudah berleluasa di mana-mana.Tidak mengenal siapa,pemuda atau pemudi,orang dewasa atau orang tua,anak-anak pun telah menjadi mangsa panah-panah beracun iblis laknatullah tersebut.
Dalam kepentingan menutup aurat ini,marilah kita menyemak beberapa hadis lagi yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya.
Aturan Busana Muslimah.

- Rasulullah SAW ketika memerintahkan kaum wanita untuk keluar melakukan solat Hari Raya,mereka(para wanita) berkata,"Wahai Rasulullah SAW,salah seorang daripada kami tidak mempunyai jilbab."Maka jawab Rasulullah SAW,"Haruslah saudarinya meminjamkan jilbabnya."(Bukhari,Muslim)
- Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa yang mengeluarkan kakinya ke bawah kerana sombong,Allah tidak akan melihat kepalanya di hari Kiamat." Ummu Salamah RAnha bertanya,"Apa yang harus wanita buat dengan baju panjangnya?" Rasulullah SAW menjawab,"Mereka hendaklah melebihkan lebih kurang sejengkal." Ummu Salamah RAnha berkata lagi,"kalau demikian akan terbuka tapak kaki mereka." Rasulullah SAW bersabda,"Mereka harus melebihkan dalam 1 hasta dan jangan ditambah lagi."
- A'isyah RAnha berkata,"Ada serombongan penunggang unta melewati kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW,maka ketika rombongan itu datang kepada kami,maka kami menutup muka kami dengan mengulurkan jilbab kami dari kepala dan apabila rombongan itu telah berlalu maka kami pun buka kembali wajah kami."(Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah)
- Hafizd Ibnu Hajar Rah.A berkata bahawasanya Umar ibnu Khattab RA pernah di ingatkan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya,"berilah pakaian yang menutupi wajah isteri-isterimu."
- Rasulullah SAW pernah menegur dua orang isterinya,Maiymunah dan Ummu Salamah RAnhuma ketika masuknya Abdullah ibnu Ummiy Maktum,''Pakailah hijab.''Kemudian mereka berkata," Abdullah ibnu Ummiy Maktum itu buta,".Maka Rasulullah SAW bersabda,"Apakah kamu berdua juga buta,bukankah kamu berdua dapat melihat?''
- Rasulullah SAW bersabda,"Ada 2 golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu ;-
- Suaru kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang dipukul pada manusia.
- Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka itu telanjang,jalannya lenggang lenggok,sanggul mereka seperti punuk-punuk unta yang miring.Mereka tidak akan masuk ke Syurga dan tidak akan mencium baunya padahal sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium dari jarak perjalanan sejauh sekian....sekian.Dalam riwayat lain disebut,"dan sesungguhnya tercium dari jarak perjalanan sejauh 500 tahun.''(Muslim)
Dalam hal ini ada beberapa aturan bagi kaum wanita solihah dalam berpakaian,agar tidak termasuk dalam golongan,'..Yang berpakaian tetapi sesungguhnya mereka itu telanjang; iaitu berpakaian hendaklah;-
- Tidak terlalu nipis sehingga terlihat bahagian badan dari luar.
- Tidak terlalu ketat sehingga membentuk tubuh badan.
- Tidak memakai wangi-wangian.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai fesyen pakaian orang-orang kafir.
- Tidak untuk menyombongkan diri atau bermegah-megah.
Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa yang memakai pakaian untuk menyombongkan diri,nescaya pada hari Kiamat Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan kepadanya.''(Ahmad,Abu Daud,an Nasaa'i)
Seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar RA tentang pakaian apa yang dia pakai,maka Ibnu Umar RA berkata,"Pakaian yang biasa aku pakai adalah yang tidak dihinakan orang-orang bodoh dan tidak dicela orang-orang cendikiawan''.(Iaitu tidak terlalu jelek dan tidak terlalu menjolok mewahnya).Jadi pertengahan antara keduanya.
Menutup Wajah.
Wanita solihah selayaknya memiliki rasa malu yang tinggi dan memahami batasan-batasan aurat tubuhnya yang seharusnya tidak diperlihatkan kepada sebarangan orang.Wajah wanita sudah pasti adalah salah satu darinya.Kerana dari wajahlah yang paling dahulu memberikan godaan.Wajah yang menarik akan mudah menggoda kaum lelaki.
Thabrani meriwayatkan bahawa Allah telah memerintah kepada kaum mukminaat jika mereka hendak keluar dari rumah kerana sesuatu hajat,maka hendaklah mereka menutup jilbab/furdah ke wajah mereka dari atas dan menampakkan sebelah matanya.
Ibnu Jarir meriwayatkan; Aku bertanya kepada Ubaiydah ibnu Haris tentang firman Allah ; "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya,"(an-Nuur ; 31),ia menjawab sambil memperagakan dengan pakaiannya.Ia menutup kepala dan wajahnya dan menampakkan sebelah matanya.
Allamah Abu Bakar al-Jasyhsyah mengatakan bahawa di dalam ayat ini terdapat sebuah dalil bahawa seorang wanita diperintahkan untuk menutup wajahnya agar tidak dilihat oleh lelaki asing,menampakkan jilbabnya dan menjaga kehormatannya ketika keluar rumah.
Al-Qadhi Baidhawi mengatakan dalam menafsirkan,"Hendaklah mengulurkan jilbabnya 'iaitu hendaklah mereka menutup wajahnya dan tubuh badan mereka dengan jubah mereka jika mereka hendak keluar untuk sesuatu hajat.
Said Ibnu Musaiyyid mengisahkan pertanyaan Ali ibnu Abi Thalib RA kepada Fathimah RAnha tentang manakah wanita-wanita yang baik? Fathimah RAnha menjawab,"iaitu wanita yang tidak mahu dilihat lelaki dan tidak mahu melihatnya," Ali RA pun menanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW, yang dijawab oleh Baginda SAW bahawa Fathimah RAnha adalah darah daging Baginda."(Maksudnya bahawa jawapan Fathimah RAnha sama seperti jawapan Rasulullah SAW).
Jumhur Ulamaa' Mujtahid yang dipimpin oleh Asy-Syafi'e Hanbali dan Maliki menyatakan bahawa 'wajah adalah aurat' kecuali para fuqahaa' daripada Hanafiyyah yang membolehkan membukanya dengan syarat jika tidak ada fitnah.
Sedangkan perkataan-perkataan yang menjadikan hadis Fadhal Ibnu Abbas yang membonceng Rasulullah SAW ketika haji wadaa' lalu dia melihat wajah wanita yang melalui di hadapannya,kemudian Nabi SAW memalingkan wajah Fadhal Ibnu Abbas.Mereka mengambil dalil dari hadis ini,"Sekiranya wajah itu aurat tentu wanita itu menutup wajah mereka sehingga Fadhal tidak melihat mereka.
Jumhur Ulamaa' menjawab hal ini dengan mengatakan bahawa ;-
- Sangat jelas dinyatakan dalam hadis tersebut bahawa kejadian itu berlangsung ketika haji wadaa' ketika mereka sedang berihram.Sedangkan dalam ihram para wanita dilarang menutup wajah dan tangannya.
- Kaum wanita pada zaman Nabi SAW telah terbiasa mengenakan tutup wajah dan tangan mereka.Kemudian Rasulullah SAW melarang hal itu dilakukan ketika berihram.
Dalam 'Fathul Bari' diriwayatkan dari A'isyah RAnha,''Hendaklah wanita mengeluarkan jilbabnya dari atas kepalanya hingga wajahnya."
Dalam kitab 'Ash-Shihah' diriwayatkan bahawa ada seorang muslimah mengerjakan urusannya di pasar Bani Qainuqa',wanita muslimah ini memakai jilbab.Lalu seorang lelaki yahudi menyekatnya, mengejek dirinya dan jilbab yang dipakainya.Yahudi itu memaksanya untuk membuka wajahnya tetapi wanita itu menolak dan menjerit meminta tolong.maka salah seorang kaum muslimin menyerang yahudi itu dan membunuhnya.
Untuk itulah Rasulullah SAW sabdakan,"Memandang itu bagaikan anak panah beracun daripada iblis."(Thabrani)
Nabi Isa AS pun berkata," Takutlah akan memandang kerana memandang akan menimbulkan syahwat dalam hati.Dan cukuplah memandang wanita itu sebagai fitnah."
Imam Mujahid Rah.A pernah berkata,"Jika ada seorang wanita yang datang,maka duduklah iblis di kepalanya.Lalu iblis meriaskan wanita itu dari pandangan orang yang melihatnya.JIka wanita itu membelakang,maka iblis laknatullah akan duduk di punggungnya dan menghias wanita itu dari pandangan orang yang melihatnya."
Bersabda Rasulullah SAW,"Sesungguhnya iblis yang terlaknat berkhutbah kepada para syaitannya,'hendaklah kalian menggoda manusia dengan khamar dan segala sesuatu yang memabukkan dan dengan wanita.Sesungguhnya aku tidak mendapati suatu kumpulan kejahatan kecuali di dalamnya."'(Hakim).
No comments:
Post a Comment