Thursday, April 18, 2013

KELUARGA SUAMI DAN WANITA SOLIHAH.




“ Seagung-agung manusia yang lebih berhak ke atas wanita adalah suaminya dan seagung-agung manusia yang lebih berhak ke atas lelaki adalah ibunya. ” ( Hakim )

Dalam kitab ‘Mikhzani Akhlaq’ menerangkan bahawa ‘orang tua’ bagi seseorang Muslim itu ada 3 


  1. USTAZ - Yakni orang yang mengajar agama kepada dirinya 
  2. IBUBAPANYA. 
  3. IBUBAPA SUAMI/ISTERI (MERTUA) 

Ketiga-tiganya mempunyai hak yang harus dipenuhi oleh anaknya.

  Sesungguhnya kata-kata ibu bapa suami sangat berpengaruh dalam kehidupan rumahtangga anaknya.Sekiranya mereka tidak redha terhadap menantu perempuannya ,maka perkara ini pun boleh menjadi dilema yang besar bagi seorang suami. Ini kerana suami mempunyai kewajipan dalam mentaati kata-kata ibubapanya.

  Diriwayatkan bahawa Abdullah ibnu Abu Bakar RA berkahwin dengan Atikah Binti Zaid yang sangat cantik, berakhlak baik dan berbudi pekerti yang tinggi.Tetapi perkara ini membuatkannya lalai terhadap jihad ‘Fi Sabilillah’. Kemudian ayahnya berkata kepadanya, ”Sesungguhnya isterimu itu telah membuatmu menjadi lalai terhadap jihad. Oleh kerana itu ceraikanlah dia.” Abdullah pun menceraikannya.

  Nabi SAW memberitahu kepada kita tentang fitrah manusia bahawa seorang wanita jika telah berkahwin maka orang yang paling dekat dengannya adalah suaminya. Bagi lelaki pula, setelah berkahwin maka orang yang paling dekat dengannya adalah ibunya. Perkara ini hendaklah difahami dengan bijaksana oleh wanita solihah itu sendiri. Redhanya ibubapa adalah sumber kebahagiaan anak-anak. Sedangkan bagi seorang isteri, keredhaan suamilah yang menentukan nya di dunia dan di akhirat juga.

  Syeikh Abdul Halim kembali mengingatkan kita bahawa apabila seorang isteri bersikap buruk terhadap keluarga suaminya, khususnya ibubapa mertuanya dan saudara-saudara iparnya, maka sikap ini boleh menimbulkan petaka, fitnah dan kehancuran bagi suaminya dan dirinya sendiri baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Sikap buruk ini boleh menimbulkan kebingungan terhadap suami, bahkan bisa menimbulkan perselisihan faham dalam rumahtangga. Apatah lagi jika si isteri mempunyai pengaruh lebih besar daripada suaminya, si suami pula menurut apa sahaja kemahuan isterinya dan membelakangkan ibubapanya dan ini bererti suami sudah menderhakai ibubapanya dan memutuskan hubungan keluarga.Hal ini sangat jelas mengaibkan bagi seorang suami.

  Cemburu isteri yang melampau dan yang tidak layak terhadap suami boleh menimbulkan kebencian ibubapa dan saudara iparnya, bahkan dapat mempengaruhi suami untuk menderhaka kepada ibubapa mereka.Ingatlah satu perkara bahawa ibubapanya juga mempunyai hak terhadap anak mereka.Terutama ibunya, dia memiliki hak yang istimewa terhadap anaknya lelakinya sendiri kerana anak perempuan lebih ditutut untuk menunaikan hak-hak suaminya.

  Jadi sebagai wanita solihah, kita tidak perlu cemburu kepada suami yang memberi perhatian lebih kepada ibunya.Juga bagi seorang ibu, tidak usah cemburu kepada isteri anak lelakinya jika si isteri

A.ABDURRAHMAAN AHMAD.

No comments:


Jom Pakai pakaian Sunnah!

Jom Pakai pakaian Sunnah!
Allah pun Suka.(^_^)

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH
Taat perintah Allah,ikut Sunnah Rasulullah Saw dan pandai mnghibur suami!(^__________^)