PERGAULAN WANITA SOLIHAH





  Setiap manusia perlukan pergaulan dan Islam mengatur pergaulan bagi kaum muslimah dengan pergaulan yang suci, aman dan mulia kerana syaitan laknatullah berusaha untuk menghancurkan keimanan kaum muslimah dengan segala tipuan dayanya dan yang paling banyak menyelewengkan wanita dari agama dalam pergaulan, seperti ajakan ''mereka'' mengenai kebebasan wanita, emansipasi dan sebagainya. Di tambah lagi dengan suapan-suapan globalisasi yang berkiblatkan budaya-budaya barat sehinggakan seolah-olah memaksa kaum muslimah untuk keluar dari budaya Islam yang aman dan bijaksana.


  Untuk itu Rasulullah SAW mengingatkan kaum lelaki, '' Berhati-hatilah kamu berkhalwat dengan wanita. Demi diriku yang berada di dalam genggamanNya, tidak akan pernah seorang lelaki yang berduaan dengan wanita melainkan syaitan akan masuk di antara mereka. Seorang lelaki yang rapat dengan babi yang penuh dengan lumpur masih lebih baik daipada dia merapat dengan peha wanita yang tidak halal baginya.'' ( Thabrani ).


  Syeikh Muhammad bin Abdullah mengulas mengenai tipuan syaitan ini bahawa pergaulan bebas antara lawan jenis yang sering kali terjadi hanya akan mendorong wanita untuk bersolek, berpenampilan menarik, menarik pandangan kaum lelaki dan membangkitkan pesona mereka. Sebab keinginan seksual yang sudah menjadi fitrah lelaki dan wanita akan bertambah kuat kerana adanya pergaulan antara lawan jenis dan jika pembatasannya mudah ditembus.


  Dalam masyarakat yang membuka pergaulan seperti ini akan muncul pembawaan baru dalam diri lelaki dan wanita iaitu saling menampakkan keindahan dan pesonanya untuk menarik minat lawan jenis. Lama kelamaan tindakan ini bukanlah sesuatu yang perlu dingkari dan dicela kerana adanya perubahan teori merolitas. Bahkan kemudian semua itu dianggap sesuatu yang perlu disenangi. Kemudian berkembang semakin jauh hingga masiing-masing tidak memiliki lagi satu perbatasan pun.


  Islam yang bijaksana tahu bahaya akibat pergaulan yang tiada tara dalam kehidupan individu dan ummat tatkala dorongan berahi sudah memuncak. Syariat Islam sudah membuat berbagai cara penjagaan dan perlindungan yang boleh menghalangi terlepasnya keinginan berahi dari pagarnya. Maka Islam memberi perhatian dalam penguatan ketakutan kepada Allah dalam diri manusia dengan memperkuatkan fitrah dengan rasa malu agar perasaan ini boleh menjadi pengawal secara keseluruhannya.


 Islam juga mensyariatkan hijab kepada wanita agar dia menutupi keindahan dirinya daripada lelaki, meminta izin tatkala memasuki suatu rumah, memerintahkannya agar menundukkan pandangan mata, baik lelaki mahupun wanita, melarang pergaulan secara bebas antara lelaki dan wanita, memperingatkan wanita tatkala bermusafir tanpa disertai mahram, kemudian meletakkan hukuman bagi orang yang melanggar larangan ini.


  Muhammad Qutub mengatakan bahawa nafsu berahi/seks itu sendiri bukanlah sesuatu yang kotor atau haram tetapi harus diletakkan dalam suatu lingkungan yang benar lagi bersih. Sedangkan kebebasan yang dilakukan wanita di dunia barat dan diseru oleh para propagandis kebebasan di negara Timur yang beragama Islam, justeru akan merosakkan wanita dan lelaki serta generasi seterusnya.

  Padahal dalam '' Huququl Mar'ah ''di tulis bahawa kebebasan sebenarnya adalah melepaskan diri dari bisikan hawa nafsu dan syahwat, juga dari tradisi dan kebiasaan-kebiasaan yang menyimpang dan sesat.


  Dari sini jelaslah majlis yang di situ ada kaum lelaki wanita bercampur sama sekali tidak sesuai dengan tabiat Islam dan ajaran Islam. Sebab pesona berahi yang ada dalam naluri lelaki dan wanita mempunyai suatu kekuatan yang tidak boleh di elak, yang akan menjadi bertambah kuat jika keduanya saling berkumpul.


  Di sebutkan dalam '' Nailul Autsar '' bab ''Larangan berkhalwat dengan wanita bukan mahram''. Berkhalwat dengan wanita lain sudah disepakati oleh para Ulama' tentang pengharamannya sebagaimana hal ini telah dikisahkan Al Hafizh di dalam Al Fath. Alasan pengharaman tersebut kerana apa yang disebut di dalam hadis tentang adanya syaitan sebagai orang ketiga daripada keduanya yang boleh mengheret keduanya ke dalam kedurhakaan. Namun jika khalwat itu disertai oleh mahram, itu diperbolehkan kerana kemungkinan terjadinya maksiat boleh dicegah kerana kehadiran mahram tersebut.


  Sebab tabiat kekeluargaan itu sangat cenderung untuk mendorong lelaki berani memasuki tempat wanita kerana beralasan adanya hubungan kerabat. Sehingga mereka berani mengetuk pintu baik pada siang mahupun malam hari, baik ada kepentingan ataupun tidak ada. Tetapi apabila perkara ini seringkali terjadi akhirnya hal ini menimbulkan akibat yang sangat merbahaya dan boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan atau bahkan penceraian.


  Luqman berwasiat kepada anak lelakinya, '' Takutlah kamu terhadap wanita yang buruk kerana ia membuatmu beruban sebelum kamu beruban. Dan takutlah wanita-wanita yang jahat kerana mereka tidak mengajak kepada kebaikan dan jadilah kamu berhati-hati dalam memilih mereka''.





( A.ABDURRAHMAN AHMAD.)

No comments:


Jom Pakai pakaian Sunnah!

Jom Pakai pakaian Sunnah!
Allah pun Suka.(^_^)

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH
Taat perintah Allah,ikut Sunnah Rasulullah Saw dan pandai mnghibur suami!(^__________^)