ILMU DAN WANITA SOLIHAH



 Dalam soal ini Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Wanita juga diperintahkan agar memb ekalkan diri dengan ilmu yang bermanfaat, yang dapat mendorongnya sehingga mengenal Allah dan agamaNya. Nabi SAW bersabda, '' Menuntut ilmu adalah fardhu setiap muslim.'' (Thabrani)


  Perkara ini terungkap dalam sabda-sabda Baginda SAW yang lain. Baginda SAW bersabda, '' Sesiapa sahaja lelaki yang mempunyai hamba sahaya wanita lalu ia mengajarkannya dan membaguskan pengajarannya dan adabnya serta mendidiknya kemudian mengahwinkannya, maka baginya 2 pahala." (Abu Dawud).


  Rasulullah SAW bersabda, '' Barangsiapa yang memilki 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu mereka dididik dengan adabnya, berbuat baik kepadanya dan sampai mereka dinikahkan, maka baginya syurga.'' (Abu Daud)

Ali Bin Abi Thalib r.a. berkata, '' Sebaik-baik wanita adalah wanita-wanita Ansar. Mereka tidak malu mempelajari dan mendalami pemahaman agama.'' (Abdur Razak)

  Nabi SAW sentiasa mengkhususkan pada hari-hari tertentu untuk mengajar kaum wanita mengenai hukum-hukum agama. Sehingga kaum wanita juga dapat belajar dan mengajar sesama wanita. Kerana ada satu masa di mana Rasulullah SAW pun merasa malu untuk menjelaskan beberapa hukum agama yang khusus bagi wanita. Maka di situlah kaum wanita berperanan untuk saling belajar dan mengajar. Sehingga tidak timbul fitnah dalam ajar mengajar. (Bukhari,Muslim).


  A'isyah r.anha berkata, " Ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimna cara mandi sesudah bersih dari haidh. Lalu Rasulullah SAW menyuruh wanita itu memperagakannya dan berkata, '' Ambillah wangian itu dan sucikanlah ia.''  

Wanita itu bertanya lagi, '' Bagaimana caranya? '' Nabi SAW menjawab, '' Ya pakai saja." 
Wanita itu nampaknya belum puas dengan jawapan Nabi SAW, jadi dia bertanya lagi,

 '' Bagaimana caranya, ya Rasulullah?'' Dengan tersipu Rasulullah SAW menjawab, '' Subhaanallah, ya pakai saja!'' Selanjutnya baginda SAW memanggil aku untuk menggantikan Baginda dalam menjelaskan hal ini.'' ( Bukhari,Muslim)


  Ibnu Hazm menjelaskan persekutuan wanita dengan lelaki dalam mencari ilmu, berkata, '' Setiap muslim yang sudah baligh dan berakal, lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, ''adalah wajib."


  Tidak seorang pun dari kaum muslimin yang menyanggahnya bahawa ia harus mengetahui mana yang halal dan mana yang haram bagi dirinya, siapa pun ia. Mereka semua diwajibkan adil dalam proses belajar. Seorang Imam dapat memaksa para wanita dan wanita yang ''terpandang'' sekalipun agar belajar sendiri atau memberi peluang kepada mereka untuk belajar. Imam juga layak bertegas dalam hal ini serta mengatur orang-orang untuk mengajar orang lain yang masih jahil.''




Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Wanita.


   Rasulullah SAW bersabda, '' Sesungguhnya seorang wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Sekali-kali ia tidak akan lurus bagimu di atas satu jalur. Jika engkau bersenang-senang dengan wanita maka engkau akan mendapatkannya sedangkan pada dirinya tetap ada bengkok.'' (Muslim)

   Syeikh Abu Muhammad Jibril menyatakan bahawa dari penyelidikan para ahli ilmu jiwa dan menurut kenyataannya bahawa wanita, meskipun ianya telah dewasa namun tingkah lakunya masih seperti anak-anak tabiat manja dan suka merajuk selalu ada padanya. 

   Selanjutnya beliau berkata selain sifat suka merajuk, mudah menangis dan putus asa. Wanita mempunyai sifat hiba hati yang sangat dalam, pendiriannya mudah berubah dan ketabahannya mudah goyah. Kerana sifat-sifat itulah kaum wanita wajib dididik, di ajar dan diberi bimbingan yang cukup. Jika tidak memperolehi bimbingan yang memadai bahaya akan datang segenap lingkungan masyarakat dan kerosakan pun akan terjadi di mana-mana akibat kebodohan mereka. Sebab pada hakikatnya wanita itu adalah fitnah dan ujian terbesar, juga sumber kerosakan yang dasyat jika tidak diiringi dengan iman dan ilmu yang baik.

   Dalam hal ini pun, para suami pun bertanggungjawab untuk memberi pengajaran, pengetahuan agama kepada isterinya. Syeikh Ibnu Abdullah berkata, '' Jikalau isteri mengabaikan hukum dari hukum-hukum haidh dan istihadhah dan lelaki-lelaki tidak mengajarkannya, maka lelaki-lelaki tersebut keluar bersama dengan isterinya dan ia bersekutu dalam dosa.''




Ilmu Yang Wajib di Tuntut.


Firman Allah SWT ;- '' Maka ketahuilah bahawasanya tiada Tuhan selain Dia'' (Muhammad:19)

   Hendaklah di fahami bahawa yang diwajibkan untuk dipelajari bagi kaum muslimin dan muslimaat adalah ilmu agama. Al Ghazali rah.a menuliskan bahawa jika seseorang yang sudah baligh ,maka pertama sekalinya wajib baginya mempelajari 2 kalimah syahadah dan memahaminya. Wajib baginya mengenal Allah SWT , siapa Allah, bagaimana sifat dan kebesaran Allah SWT. Kemudian apa-apa ilmu yang untuk mentaati Allah SWT. Contohnya, jika sampai waktu solah maka wajib baginya belajar tentang solah. Jika tiba bulan Ramadhan maka wajib baginya mempelajari tentang Puasa. Jika akan berangkat haji, maka wajib baginya belajar tentang haji. Jika dia memilki harta, maka wajib ke atasnya mempelajari tentang zakat. Setelah ilmu-ilmu fardhu ini sudah sempurna ia pelajari, maka wajib baginya untuk mempelajari sunnah-sunnah Nabi SAW. Apabila ini pun sudah dipelajari, barulah ia boleh belajar hal-hal yang lainnya.

Urutan ilmu pengetahuan yang harus diketahui oleh seseorang wanita solihah adalah seperti berikut;-

1) Ilmu Tauhid dan permasaalahan agama

2) Ilmu Sunnah dan Adab

3) Ilmu Mu'ammalah sesama manusia,terutama bagaimana berbakti kepada suami,orang tua,tarbiyyah kepada

anak-anak dan sebagainya

4) Ilmu-ilmu lain yang bermanfaat bagi kehidupan dunia dan akhirat.


   Dr Abdullah Nasih Ulwan juga menyatakan bahawa wanita wajib mempelajari keterampilan yang sesuai dengan tugas dan '' specialist '' nya sebagai ibu dan isteri.

  Tetapi sayang yang terjadi di saat in ialah kaum wanita ( bahkan juga kaum lelaki )  meremehkan ilmu-ilmu agama dan menganggap bahawa belajar ilmu agama adalah sia-sia. Ilmu pengetahuan dan teknologi dianggap satu kehebatan yang luar biasa. Ini adalah satu '' tipuan ''  yang melanda ummat ini. Maka diharapkan dari wanita-wanita solihah agar dapat mengidupkan kembali semangat ilmu agama.




Etika Wanita Dalam Menuntut Ilmu.


Taqwa adalah Modal Utama.


Firman Allah SWT ;- '' Bertaqwalah kamu kepada Allah,nescaya Allah akan mengajarimu,'' (Al Baqarah: 282 )

   Dengan menjaga diri dalam garis-garis ketaatan kepada Allah dan RasulNya,maka secara '' automatik '' nya akan menambah keilmuan dan pengetahuan dalam masaalah agama. Ilmu yang diiringi dengan ketaqwaan akan mendekatkan diri dengan Allah SWT.


Utamakan Belajar daripada Mahram.


   Di sinilah manfaat dan kepentingan menghidupkan majlis ta'lim di dalam rumah. Dengan hidupkan ta'lim bererti kita telah menjadikan rumah sebagai  ' asas '  Madrasah bagi keluarga. Salah satu manfaat daripada taklim, bagi kaum lelaki di masjid, apabila mereka ( para suami )  pulang ke rumah masing-masing dapat mengajar isteri-isteri mereka daripada apa-apa yang telah mereka pelajari dari ta'lim di masjid-masjid mereka. Dengan ini dorongan isteri kepada suami untuk meluangkan masa mempelajari agama adalah sangat penting sekali,s ebagaimana dorongan isteri kepada suami dalam mencari nafkah.

   Jika terpaksa sekalipun untuk keluar mencari ilmu haruslah dijaga dalam batas-batas ketaqwaan dan dengan redha daripada suami. Ibnu Abdullah berkata,'' Manakala isteri belajar dari fardhu-fardhu yang wajib atas dirinya maka ia tidak berhak untuk keluar ke majlis lelaki dan tidak berhak untuk belajar keutamaan kecuali dengan redhanya (suami) .''




Hijab antara yang Bukan mahram.


   Ini adalah suatu hal yang sangat penting dalam pendidikan wanita. Demikianlah yang dicontohi oleh para solihiin dulu dalam mencari ilmu. Diriwayatkan bahawa jika sesudah salam dari solatnya, maka Rasulullah SAW berdiam beberapa saat. Dan jemaah pada masa itu mengetahui akan sikap Baginda SAW ini, yang dimaksudkan agar wanita keluar lebih dahulu sebelum lelaki.

   Diriwayatkan bahawa masjid Nabawi mempunyai pintu khusus bagi wanita dan Umar r.a melarang kaum lelaki masuk dari pintu-pintu ini.

   Kewajiban menuntut ilmu adalah sama dengan lelaki tetapi cara dan sistemnya jelas berbeza bagi kaum wanita. Bukan seperti yang dicontohkan oleh ' Penghancur Islam '. Dr Anwar Jundi mengatakan bahawa sistem belajar telah di atur sedemikian rupa oleh Islam dijadikan sasaran propaganda ' busuk ' oleh kalangan musuh-musuh barat yang tidak senang terhadap Islam. Mereka meneriakkan dengan lantang, bahawa sistem belajar seperti ini hanya mengongkong kaum wanita, mengurangi kebebasan. Oleh kerana itu mereka meniupkan propaganda busuknya ke telinga kaum Muslimaat agar merosakkan tata aturan Islam yang telah sempurna tersebut. Salah satu daripada propaganda mereka adalah dengan mencampurkan lelaki dan perempuan dalam satu ruamg dalam pendidikan.

   
   Imam al Qabisi di dalam makalahnya tentang pendidikan berpendapat bahawa walaupun Islam memberikan kebebasan kepada kaum wanita untuk menuntut ilmu seperti kaum lelaki tetapi dalam praktik pengajarannya mesti dijauhkan dari kaum lelaki dan tidak mencampurkan lelaki dalam pendidikan.

   Ibnu Sahnun ketika ditanya tentang pengajaran yang mencampurkan lelaki dan wanita, beliau menjawab, '' saya memakruhkannya .''

   Abdullah Nashih ulwan menuliskan bahawa mereka yang menghalalkan percampuran lelaki dan wanita dan membebaskannya dengan alasan adat istiadat sosial dan sebagainya. Padahal Allah SWT telah menjadikan lelaki dan wanita, melengkapi keduanya dengan kecenderungan seksual antara masing jenis. Itulah '' Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.' '(ArRuum:30)







(A.ABDURRAHMAAN AHMAD.)








No comments:


Jom Pakai pakaian Sunnah!

Jom Pakai pakaian Sunnah!
Allah pun Suka.(^_^)

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH
Taat perintah Allah,ikut Sunnah Rasulullah Saw dan pandai mnghibur suami!(^__________^)