WANGIAN DAN WANITA SOLIHAH

Rasulullah SAW bersabada, '' Jika seorang wanita memakai minyak wangi untuk selain suaminya maka sesungguhnya itu adalah api neraka dan satu aib yang buruk '',( Thabran i)

  Rasulullah SAW bersabda,'' Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian dan melalui kumpulan orang ramai sehingga mereka mencium bau harumnya maka dia adalah penzina '',( AnNasa'i,Ahmad,Hakim ).


  Dalam Ahkamun Nisaa', Syeikh Ibnul Jauzi menukilkan satu riwayat daripada Maula Bin Abu Rahmin, beliau bertanya kepada Abu Hurairah r.a. tentang seorang wanita yang dijumpainya memakai wangi-wangian. Wanita itu memberitahu bahawa dia akan ke Masjid. Abu Hurairah RA kemudian menyebutkan hadis Rasulullah SAW bahawa ,'' sesiapa pun wanita yang keluar rumah menuju ke masjid memakai wangi-wangian, Allah tidak akan menerimanya. Dia harus kembali dan mandi seperti mandi janabah ''.


  Beliau juga menukilkan sabdaan Rasulullah SAW bahawa ,'' wangi-wangian lelaki itu tidak berupa tetapi berbau dan wangi-wangian wanita itu berupa tapi tidak berbau .Agar wanita tidak menggoda lelaki dengan baunya. Wanita dilarang keluar rumah memakai barang-barang yang berbunyi seperti gelang kaki dan sebagainya.''


  Syeikh Abdul Halim Hamid menerangkan bahawa demikianlah Islam mengharamkan wanita mendatangi majlis-majlis serta berjalan di jalanan dengan aroma pewangi kerana ini akan membuka pintu kerosakan dan fitnah.


  Kembali diingatkan bahawa kecantikan, keindahan, keharuman tubuh wanita solihah hanyalah untuk suami mereka sahaja.





( A.ABDURRAHMAN AHMAD)

No comments:

There was an error in this gadget

Jom Pakai pakaian Sunnah!

Jom Pakai pakaian Sunnah!
Allah pun Suka.(^_^)

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH
Taat perintah Allah,ikut Sunnah Rasulullah Saw dan pandai mnghibur suami!(^__________^)