Segala puji Allah, selawat serta salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat, para tabi'iin dan muslimin muslimaat yang mengikuti petunjuk Allah. Amma ba'du.
Arus globalisasi semakin membutakan mata manusia terhadap kehidupan Islam sebenar. Agama yang 'hanif' semakin hari semakin dianggap asing oleh manusia, bahkan oleh ummat Islam sendiri. Samaada lelaki atau wanita sudah tidak tahu lagi jalan kehidupan yang boleh menyelamatkan dirinya. Di antara mereka ada para suami, para isteri, anak-anak yang menjadi korban dari kebutaan ini. Satu demi satu telah keluar dari landasan-landasan yang sepatutnya.
Jika agama sudah ditinggalkan, maka ketenangan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keberkatan hidup semakin bertambah jauh dari kehidupan manusia. Baik individu mahupun masyarakat.
Untuk itu kitab ini dihadirkan kehadapan pembaca. Sebagai semangat agar setiap insan, khususnya pasangan suami isteriagar dapat memahami pentingnya agama dalam kehidupan di dunia ini. Sehingga dapat membawa setiap insan kembali ke jalan yang lurus.
Kitab ini adalah pasangan dari kitab ''Fadhilaat Lelaki Solih'', dan yang pasti di dalam kitab ini terdapat banyak kekurangan. Semuanya itu kerana kedhaifan penyusun, maka 'pntu' tegur sapa dan nasihat yang ikhlas sentiasa terbuka agar wujudnya islah di antara kita.
Kepada Allah SWT tempat memanjatkan doa, semoga Dia memberi kekuatan dan taufiq, agar kita sentiasa disibukkan dengan amal-amal yang membawa keredhaan -Nya. Ameen.
( A.ABDURRAHMAAN AHMAD )

No comments:
Post a Comment