Monday, April 22, 2013

RAMBUT DAN WANITA SOLIHAH.





  Rasulullah SAW bersabda,” Akan datang di akhir zaman nanti, suatu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam bagaikan dada burung merpati. Mereka itu tidak akan dapat bau harumnya syurga.” 

 Mu’awiyyah RA berkata,” Rasulullah SAW melarang menambah rambut (rambut palsu).” (An Nasaa’i)


 Rasululllah SAW melarang wanita mencukur rambutnya. (An Nasaa’i)

 Dari Ibnu Umar R.anhumaa, Rasulullah SAW melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta disambung rambutnya dan yang membuat tattoo dan yang minta dibuatkan tattoo. (An-Nasaa’i)

   Imam Nawawi Rah.A  mengomentari hadis di atas dengan mengatakan bahawa menyambung rambut adalah satu kemaksiatan yang besar, kerana adanya laknat bagi orang yang melakukannya. Bahkan barangsiapa yang membantu orang  dalam perkara yang haram maka dia akan mendapat dosa yang sama seperti yang melakukannya.

   Dengan dalil-dalil di atas, maka dalam hal ini ada beberapa pengharaman bagi wanita, antaranya ialah ;-
  1. 1    Al-Wasilah  : Orang yang menyambungkan rambut seorang perempuan dengan rambut lain.
  2. 2    Al-Mustausilah  : Orang yang meminta rambutnya disambungkan.
  3. 3    An-Namishah  : Orang yang mencukur kening seseorang.
  4. 4    Al-Mutanamishah  : Orang yang meminta keningnya dicukur.


   Selain daripada 4 perkara di atas, diharamkan juga bagi wanita memotong rambutnya sehingga habis (gundul/botak) dan memakai rambut palsu. Pengharaman ini termasuklah sama ada sedikit atau banyak.

   Telah datang seorang wanita dari kalangan  Anshar  untuk berkahwin. Sedangkan dia berkeadaan sakit sehingga rambutnya menjadi ‘rontok’. Lalu mereka berhajat  menyambungkan rambutnya dengan rambut palsu dan mereka bertanyakan  kepada Nabi SAW, maka Baginda SAW menjawab,” Allah melaknat wanita yang menyambung rambut  dan wanita yang meminta agar rambutnya disambung.”

   Di dalam satu riwayat disebutkan bahawa, ada seorang lelaki pada zaman Khalifah Umar Ibnul Khattab RA. Rambutnya sudah banyak beruban tetapi rambutnya itu telah diwarnakan dengan warna hitam kemudian disambungkannya dengan rambut lain sehingga tidak kelihatan lagi ubannya dan dia kelihatan jauh lebih muda. Setelah dia menikah, keluarga isterinya mengadukan hal ini kepada Umar RA dan mereka berkata,” Kami sangkakan dia masih muda.”

   Maka lelaki itu dipanggil dan dihukum dengan pukulan yang menyakitkan sekali dan Umar RA berkata kepadanya,” Kamu telah menipu banyak orang.”
   Penipuan seperti ini boleh terjadi di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Perbuatan ini juga adalah satu penipuan (zuur) yang termasuk dalam perbuatan dosa-dosa besar.


   Sebenarnya, dengan rambut, seseorang dapat menghasilkan pahala sekiranya dia menjaganya dengan mengikut aturan agama dan rambut juga boleh membawa kita kepada kemurkaan Allah SWT  sekiranya dalam menguruskannya bertentangan dengan aturan agama.



( A.ABDURRAHMAAN AHMAD )

No comments:


Jom Pakai pakaian Sunnah!

Jom Pakai pakaian Sunnah!
Allah pun Suka.(^_^)

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH
Taat perintah Allah,ikut Sunnah Rasulullah Saw dan pandai mnghibur suami!(^__________^)