Rasulullah SAW bersabda, '' Janganlah seorang wanita yang bermusafir selama 3 hari kecuali disertai mahramnya ''. ( Muttafun Alaih )
Rasulullah SAW bersabda, '' Tidak boleh bagi wanita bermusafir selama jarak perjalanan sehari semalam kecuali bersama mahramnya '', ( Bukhari,Muslim
Rasulullah SAW bersabda, '' Tidak di bolehkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir selama 3 hari dan selebihnya kecuali disertai ayahnya, suaminya, anak lelakinya, saudaranya atau mahramnya,'' ( Bukhari, AnNasa'i )
Menurut Imam Nawawi, pembatasan yang disebut di sini tidak menurut zhahirnya tetapi berlaku untuk semua jenis perjalanan. Jadi wanita dilarang bermusafir kecuali bersama mahram. Walaupun ada pembatasan dari perintah yang dikeluarkan, maka itu tidak boleh dilakukan hanya terbatas menurut pemahamannya sahaja.
Sebahagian Alim ulama' mengatakan bahawa pada zaman yang sudah demikian fasad ini, di tengah gelombang pembebasan wanita dan globalisasi, maka sebaiknya wanta-wanita solihah berpegang pada hukum ketaqwaan yang memilih tindakan yang menyelamatkan keimanan. Lebih menitik beratkan rasa takut kepada Allah. Walaupun banyak dikalangan Ulama' yang memberikan kebebasan wanita dalam bermusafir.
( A.ABDURRAHMAN AHMAD.)
No comments:
Post a Comment