Friday, July 15, 2011

ILMU DAN WANITA SOLIHAH



 Dalam soal ini Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Wanita juga diperintahkan agar memb ekalkan diri dengan ilmu yang bermanfaat, yang dapat mendorongnya sehingga mengenal Allah dan agamaNya. Nabi SAW bersabda, '' Menuntut ilmu adalah fardhu setiap muslim.'' (Thabrani)


  Perkara ini terungkap dalam sabda-sabda Baginda SAW yang lain. Baginda SAW bersabda, '' Sesiapa sahaja lelaki yang mempunyai hamba sahaya wanita lalu ia mengajarkannya dan membaguskan pengajarannya dan adabnya serta mendidiknya kemudian mengahwinkannya, maka baginya 2 pahala." (Abu Dawud).


  Rasulullah SAW bersabda, '' Barangsiapa yang memilki 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu mereka dididik dengan adabnya, berbuat baik kepadanya dan sampai mereka dinikahkan, maka baginya syurga.'' (Abu Daud)

Ali Bin Abi Thalib r.a. berkata, '' Sebaik-baik wanita adalah wanita-wanita Ansar. Mereka tidak malu mempelajari dan mendalami pemahaman agama.'' (Abdur Razak)

  Nabi SAW sentiasa mengkhususkan pada hari-hari tertentu untuk mengajar kaum wanita mengenai hukum-hukum agama. Sehingga kaum wanita juga dapat belajar dan mengajar sesama wanita. Kerana ada satu masa di mana Rasulullah SAW pun merasa malu untuk menjelaskan beberapa hukum agama yang khusus bagi wanita. Maka di situlah kaum wanita berperanan untuk saling belajar dan mengajar. Sehingga tidak timbul fitnah dalam ajar mengajar. (Bukhari,Muslim).


  A'isyah r.anha berkata, " Ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimna cara mandi sesudah bersih dari haidh. Lalu Rasulullah SAW menyuruh wanita itu memperagakannya dan berkata, '' Ambillah wangian itu dan sucikanlah ia.''  

Wanita itu bertanya lagi, '' Bagaimana caranya? '' Nabi SAW menjawab, '' Ya pakai saja." 
Wanita itu nampaknya belum puas dengan jawapan Nabi SAW, jadi dia bertanya lagi,

 '' Bagaimana caranya, ya Rasulullah?'' Dengan tersipu Rasulullah SAW menjawab, '' Subhaanallah, ya pakai saja!'' Selanjutnya baginda SAW memanggil aku untuk menggantikan Baginda dalam menjelaskan hal ini.'' ( Bukhari,Muslim)


  Ibnu Hazm menjelaskan persekutuan wanita dengan lelaki dalam mencari ilmu, berkata, '' Setiap muslim yang sudah baligh dan berakal, lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, ''adalah wajib."


  Tidak seorang pun dari kaum muslimin yang menyanggahnya bahawa ia harus mengetahui mana yang halal dan mana yang haram bagi dirinya, siapa pun ia. Mereka semua diwajibkan adil dalam proses belajar. Seorang Imam dapat memaksa para wanita dan wanita yang ''terpandang'' sekalipun agar belajar sendiri atau memberi peluang kepada mereka untuk belajar. Imam juga layak bertegas dalam hal ini serta mengatur orang-orang untuk mengajar orang lain yang masih jahil.''




Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Wanita.


   Rasulullah SAW bersabda, '' Sesungguhnya seorang wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Sekali-kali ia tidak akan lurus bagimu di atas satu jalur. Jika engkau bersenang-senang dengan wanita maka engkau akan mendapatkannya sedangkan pada dirinya tetap ada bengkok.'' (Muslim)

   Syeikh Abu Muhammad Jibril menyatakan bahawa dari penyelidikan para ahli ilmu jiwa dan menurut kenyataannya bahawa wanita, meskipun ianya telah dewasa namun tingkah lakunya masih seperti anak-anak tabiat manja dan suka merajuk selalu ada padanya. 

   Selanjutnya beliau berkata selain sifat suka merajuk, mudah menangis dan putus asa. Wanita mempunyai sifat hiba hati yang sangat dalam, pendiriannya mudah berubah dan ketabahannya mudah goyah. Kerana sifat-sifat itulah kaum wanita wajib dididik, di ajar dan diberi bimbingan yang cukup. Jika tidak memperolehi bimbingan yang memadai bahaya akan datang segenap lingkungan masyarakat dan kerosakan pun akan terjadi di mana-mana akibat kebodohan mereka. Sebab pada hakikatnya wanita itu adalah fitnah dan ujian terbesar, juga sumber kerosakan yang dasyat jika tidak diiringi dengan iman dan ilmu yang baik.

   Dalam hal ini pun, para suami pun bertanggungjawab untuk memberi pengajaran, pengetahuan agama kepada isterinya. Syeikh Ibnu Abdullah berkata, '' Jikalau isteri mengabaikan hukum dari hukum-hukum haidh dan istihadhah dan lelaki-lelaki tidak mengajarkannya, maka lelaki-lelaki tersebut keluar bersama dengan isterinya dan ia bersekutu dalam dosa.''




Ilmu Yang Wajib di Tuntut.


Firman Allah SWT ;- '' Maka ketahuilah bahawasanya tiada Tuhan selain Dia'' (Muhammad:19)

   Hendaklah di fahami bahawa yang diwajibkan untuk dipelajari bagi kaum muslimin dan muslimaat adalah ilmu agama. Al Ghazali rah.a menuliskan bahawa jika seseorang yang sudah baligh ,maka pertama sekalinya wajib baginya mempelajari 2 kalimah syahadah dan memahaminya. Wajib baginya mengenal Allah SWT , siapa Allah, bagaimana sifat dan kebesaran Allah SWT. Kemudian apa-apa ilmu yang untuk mentaati Allah SWT. Contohnya, jika sampai waktu solah maka wajib baginya belajar tentang solah. Jika tiba bulan Ramadhan maka wajib baginya mempelajari tentang Puasa. Jika akan berangkat haji, maka wajib baginya belajar tentang haji. Jika dia memilki harta, maka wajib ke atasnya mempelajari tentang zakat. Setelah ilmu-ilmu fardhu ini sudah sempurna ia pelajari, maka wajib baginya untuk mempelajari sunnah-sunnah Nabi SAW. Apabila ini pun sudah dipelajari, barulah ia boleh belajar hal-hal yang lainnya.

Urutan ilmu pengetahuan yang harus diketahui oleh seseorang wanita solihah adalah seperti berikut;-

1) Ilmu Tauhid dan permasaalahan agama

2) Ilmu Sunnah dan Adab

3) Ilmu Mu'ammalah sesama manusia,terutama bagaimana berbakti kepada suami,orang tua,tarbiyyah kepada

anak-anak dan sebagainya

4) Ilmu-ilmu lain yang bermanfaat bagi kehidupan dunia dan akhirat.


   Dr Abdullah Nasih Ulwan juga menyatakan bahawa wanita wajib mempelajari keterampilan yang sesuai dengan tugas dan '' specialist '' nya sebagai ibu dan isteri.

  Tetapi sayang yang terjadi di saat in ialah kaum wanita ( bahkan juga kaum lelaki )  meremehkan ilmu-ilmu agama dan menganggap bahawa belajar ilmu agama adalah sia-sia. Ilmu pengetahuan dan teknologi dianggap satu kehebatan yang luar biasa. Ini adalah satu '' tipuan ''  yang melanda ummat ini. Maka diharapkan dari wanita-wanita solihah agar dapat mengidupkan kembali semangat ilmu agama.




Etika Wanita Dalam Menuntut Ilmu.


Taqwa adalah Modal Utama.


Firman Allah SWT ;- '' Bertaqwalah kamu kepada Allah,nescaya Allah akan mengajarimu,'' (Al Baqarah: 282 )

   Dengan menjaga diri dalam garis-garis ketaatan kepada Allah dan RasulNya,maka secara '' automatik '' nya akan menambah keilmuan dan pengetahuan dalam masaalah agama. Ilmu yang diiringi dengan ketaqwaan akan mendekatkan diri dengan Allah SWT.


Utamakan Belajar daripada Mahram.


   Di sinilah manfaat dan kepentingan menghidupkan majlis ta'lim di dalam rumah. Dengan hidupkan ta'lim bererti kita telah menjadikan rumah sebagai  ' asas '  Madrasah bagi keluarga. Salah satu manfaat daripada taklim, bagi kaum lelaki di masjid, apabila mereka ( para suami )  pulang ke rumah masing-masing dapat mengajar isteri-isteri mereka daripada apa-apa yang telah mereka pelajari dari ta'lim di masjid-masjid mereka. Dengan ini dorongan isteri kepada suami untuk meluangkan masa mempelajari agama adalah sangat penting sekali,s ebagaimana dorongan isteri kepada suami dalam mencari nafkah.

   Jika terpaksa sekalipun untuk keluar mencari ilmu haruslah dijaga dalam batas-batas ketaqwaan dan dengan redha daripada suami. Ibnu Abdullah berkata,'' Manakala isteri belajar dari fardhu-fardhu yang wajib atas dirinya maka ia tidak berhak untuk keluar ke majlis lelaki dan tidak berhak untuk belajar keutamaan kecuali dengan redhanya (suami) .''




Hijab antara yang Bukan mahram.


   Ini adalah suatu hal yang sangat penting dalam pendidikan wanita. Demikianlah yang dicontohi oleh para solihiin dulu dalam mencari ilmu. Diriwayatkan bahawa jika sesudah salam dari solatnya, maka Rasulullah SAW berdiam beberapa saat. Dan jemaah pada masa itu mengetahui akan sikap Baginda SAW ini, yang dimaksudkan agar wanita keluar lebih dahulu sebelum lelaki.

   Diriwayatkan bahawa masjid Nabawi mempunyai pintu khusus bagi wanita dan Umar r.a melarang kaum lelaki masuk dari pintu-pintu ini.

   Kewajiban menuntut ilmu adalah sama dengan lelaki tetapi cara dan sistemnya jelas berbeza bagi kaum wanita. Bukan seperti yang dicontohkan oleh ' Penghancur Islam '. Dr Anwar Jundi mengatakan bahawa sistem belajar telah di atur sedemikian rupa oleh Islam dijadikan sasaran propaganda ' busuk ' oleh kalangan musuh-musuh barat yang tidak senang terhadap Islam. Mereka meneriakkan dengan lantang, bahawa sistem belajar seperti ini hanya mengongkong kaum wanita, mengurangi kebebasan. Oleh kerana itu mereka meniupkan propaganda busuknya ke telinga kaum Muslimaat agar merosakkan tata aturan Islam yang telah sempurna tersebut. Salah satu daripada propaganda mereka adalah dengan mencampurkan lelaki dan perempuan dalam satu ruamg dalam pendidikan.

   
   Imam al Qabisi di dalam makalahnya tentang pendidikan berpendapat bahawa walaupun Islam memberikan kebebasan kepada kaum wanita untuk menuntut ilmu seperti kaum lelaki tetapi dalam praktik pengajarannya mesti dijauhkan dari kaum lelaki dan tidak mencampurkan lelaki dalam pendidikan.

   Ibnu Sahnun ketika ditanya tentang pengajaran yang mencampurkan lelaki dan wanita, beliau menjawab, '' saya memakruhkannya .''

   Abdullah Nashih ulwan menuliskan bahawa mereka yang menghalalkan percampuran lelaki dan wanita dan membebaskannya dengan alasan adat istiadat sosial dan sebagainya. Padahal Allah SWT telah menjadikan lelaki dan wanita, melengkapi keduanya dengan kecenderungan seksual antara masing jenis. Itulah '' Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.' '(ArRuum:30)







(A.ABDURRAHMAAN AHMAD.)









Tuesday, July 12, 2011

PERHIASAN DAN WANITA SOLIHAH




  Rasulullah SAW bersabda , '' Mana-mana wanita yang memakai kalung untuk dipamerkan kepada orang lain, maka di hari kiamat dia akan dikalungkan api neraka sebesar kalungnya itu. Dan mana-mana wanita yang memakai anting-anting untuk dipamerkan kepada orang lain maka di hari akhirat telinga digantung anting-anting daripada neraka sebesar anting-antingnya itu ''. (AnNasa'i).

Perhiasan adalah benda-benda yang membuat wanita bertambah cantik dan indah. Ada 3 jenis yang disebut perhiasan bagi wanita ;

1)pakaian
2)perhiasan 

3) Riasan



  Syeikh Ibnul Jauzi menukilkan satu riwayat ; Umarah Bin Khuzaimah berkata, '' kami berumrah bersama Amir Bin al Ash. Tiba-tiba ada seorang wanita yang menjulurkan tangannya yang dipenuhi cincin emas di jari-jarinya di salah satu sudut kenderaannya. Melihat demikian Amir berkata, ketika kami bersama Rasulullah SAW sampai di sini, tiba-tiba datang banyak burung gagak, sebahagiannya berwarna biru pada kaki dan paruhnya. Rasulullah SAW bersabda,'' Jumlah wanita yang masuk syurga sebanyak jumlah burung gagak ini.''

  Sabda Rasulullah SAW, '' Di haramkan 2 benda bagi kaum lelaki di duni iaitu emas dan sutra ''. Kaum lelaki yang tidak memakainya di dunia akan dipakaikan di hari akhirat nanti.


  Pada asalnya larangan emas tersebut untuk kaum lelaki sahaja, kaum wanita dibolehkan memakainya tetapi dengan syarat iaitu '' tidak diperlihatkan kepada orang lain yang bukan mahramnya ." Memang nampak tidak masuk akal kerana tujuan perhiasan adalah untuk nampak cantik dan indah. Baik di mata pemakai ataupun di mata orang yang melihatnya. Justeru di sini letaknya intipati larangan Rasulullah SAW.


  Walaupun itu perhiasan yang dibolehkan untuk kaum wanita , tetapi sangat dianjurkan agar tidak diperlihatkan perhiasan emas tersebut kepada orang lain kecuali mahram. Kerana ianya dapat menimbulkan firnah kepada dirinya sendiri dan kepada orang lain.


  Hukum Allah dan RasulNya pasti ada hikmah dan manfaat, hal itu harus diyaqini kebenarannya oleh wanita solihah dan meyaqini juga akan manfaatnya apabila kita taat dan sangat bahaya sekiranya kita melanggarnya.




( A,ABDURRAHMAN AHMAD.)

Monday, July 11, 2011

WANGIAN DAN WANITA SOLIHAH






 Rasulullah SAW bersabada, '' Jika seorang wanita memakai minyak wangi untuk selain suaminya maka sesungguhnya itu adalah api neraka dan satu aib yang buruk '',( Thabran i)

  Rasulullah SAW bersabda,'' Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian dan melalui kumpulan orang ramai sehingga mereka mencium bau harumnya maka dia adalah penzina '',( AnNasa'i,Ahmad,Hakim ).


  Dalam Ahkamun Nisaa', Syeikh Ibnul Jauzi menukilkan satu riwayat daripada Maula Bin Abu Rahmin, beliau bertanya kepada Abu Hurairah r.a. tentang seorang wanita yang dijumpainya memakai wangi-wangian. Wanita itu memberitahu bahawa dia akan ke Masjid. Abu Hurairah RA kemudian menyebutkan hadis Rasulullah SAW bahawa ,'' sesiapa pun wanita yang keluar rumah menuju ke masjid memakai wangi-wangian, Allah tidak akan menerimanya. Dia harus kembali dan mandi seperti mandi janabah ''.


  Beliau juga menukilkan sabdaan Rasulullah SAW bahawa ,'' wangi-wangian lelaki itu tidak berupa tetapi berbau dan wangi-wangian wanita itu berupa tapi tidak berbau .Agar wanita tidak menggoda lelaki dengan baunya. Wanita dilarang keluar rumah memakai barang-barang yang berbunyi seperti gelang kaki dan sebagainya.''


  Syeikh Abdul Halim Hamid menerangkan bahawa demikianlah Islam mengharamkan wanita mendatangi majlis-majlis serta berjalan di jalanan dengan aroma pewangi kerana ini akan membuka pintu kerosakan dan fitnah.


  Kembali diingatkan bahawa kecantikan, keindahan, keharuman tubuh wanita solihah hanyalah untuk suami mereka sahaja.





( A.ABDURRAHMAN AHMAD)

SAFAR WANITA SOLIHAH








  Rasulullah SAW bersabda, '' Janganlah seorang wanita yang bermusafir selama 3 hari kecuali disertai mahramnya ''. ( Muttafun Alaih )


  Rasulullah SAW bersabda, '' Tidak boleh bagi wanita bermusafir selama jarak perjalanan sehari semalam kecuali bersama mahramnya '', ( Bukhari,Muslim 


  Rasulullah SAW bersabda, '' Tidak di bolehkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir selama 3 hari dan selebihnya kecuali disertai ayahnya, suaminya, anak lelakinya, saudaranya atau mahramnya,'' ( Bukhari, AnNasa'i )


  Menurut Imam Nawawi, pembatasan yang disebut di sini tidak menurut zhahirnya tetapi berlaku untuk semua jenis perjalanan. Jadi wanita dilarang bermusafir kecuali bersama mahram. Walaupun ada pembatasan dari perintah yang dikeluarkan, maka itu tidak boleh dilakukan hanya terbatas menurut pemahamannya sahaja.


  Sebahagian Alim ulama' mengatakan bahawa pada zaman yang sudah demikian fasad ini, di tengah gelombang pembebasan wanita dan globalisasi, maka sebaiknya wanta-wanita solihah berpegang pada hukum ketaqwaan yang memilih tindakan yang menyelamatkan keimanan. Lebih menitik beratkan rasa takut kepada Allah. Walaupun banyak dikalangan Ulama' yang memberikan kebebasan wanita dalam bermusafir.





( A.ABDURRAHMAN AHMAD.)

PERGAULAN WANITA SOLIHAH





  Setiap manusia perlukan pergaulan dan Islam mengatur pergaulan bagi kaum muslimah dengan pergaulan yang suci, aman dan mulia kerana syaitan laknatullah berusaha untuk menghancurkan keimanan kaum muslimah dengan segala tipuan dayanya dan yang paling banyak menyelewengkan wanita dari agama dalam pergaulan, seperti ajakan ''mereka'' mengenai kebebasan wanita, emansipasi dan sebagainya. Di tambah lagi dengan suapan-suapan globalisasi yang berkiblatkan budaya-budaya barat sehinggakan seolah-olah memaksa kaum muslimah untuk keluar dari budaya Islam yang aman dan bijaksana.


  Untuk itu Rasulullah SAW mengingatkan kaum lelaki, '' Berhati-hatilah kamu berkhalwat dengan wanita. Demi diriku yang berada di dalam genggamanNya, tidak akan pernah seorang lelaki yang berduaan dengan wanita melainkan syaitan akan masuk di antara mereka. Seorang lelaki yang rapat dengan babi yang penuh dengan lumpur masih lebih baik daipada dia merapat dengan peha wanita yang tidak halal baginya.'' ( Thabrani ).


  Syeikh Muhammad bin Abdullah mengulas mengenai tipuan syaitan ini bahawa pergaulan bebas antara lawan jenis yang sering kali terjadi hanya akan mendorong wanita untuk bersolek, berpenampilan menarik, menarik pandangan kaum lelaki dan membangkitkan pesona mereka. Sebab keinginan seksual yang sudah menjadi fitrah lelaki dan wanita akan bertambah kuat kerana adanya pergaulan antara lawan jenis dan jika pembatasannya mudah ditembus.


  Dalam masyarakat yang membuka pergaulan seperti ini akan muncul pembawaan baru dalam diri lelaki dan wanita iaitu saling menampakkan keindahan dan pesonanya untuk menarik minat lawan jenis. Lama kelamaan tindakan ini bukanlah sesuatu yang perlu dingkari dan dicela kerana adanya perubahan teori merolitas. Bahkan kemudian semua itu dianggap sesuatu yang perlu disenangi. Kemudian berkembang semakin jauh hingga masiing-masing tidak memiliki lagi satu perbatasan pun.


  Islam yang bijaksana tahu bahaya akibat pergaulan yang tiada tara dalam kehidupan individu dan ummat tatkala dorongan berahi sudah memuncak. Syariat Islam sudah membuat berbagai cara penjagaan dan perlindungan yang boleh menghalangi terlepasnya keinginan berahi dari pagarnya. Maka Islam memberi perhatian dalam penguatan ketakutan kepada Allah dalam diri manusia dengan memperkuatkan fitrah dengan rasa malu agar perasaan ini boleh menjadi pengawal secara keseluruhannya.


 Islam juga mensyariatkan hijab kepada wanita agar dia menutupi keindahan dirinya daripada lelaki, meminta izin tatkala memasuki suatu rumah, memerintahkannya agar menundukkan pandangan mata, baik lelaki mahupun wanita, melarang pergaulan secara bebas antara lelaki dan wanita, memperingatkan wanita tatkala bermusafir tanpa disertai mahram, kemudian meletakkan hukuman bagi orang yang melanggar larangan ini.


  Muhammad Qutub mengatakan bahawa nafsu berahi/seks itu sendiri bukanlah sesuatu yang kotor atau haram tetapi harus diletakkan dalam suatu lingkungan yang benar lagi bersih. Sedangkan kebebasan yang dilakukan wanita di dunia barat dan diseru oleh para propagandis kebebasan di negara Timur yang beragama Islam, justeru akan merosakkan wanita dan lelaki serta generasi seterusnya.

  Padahal dalam '' Huququl Mar'ah ''di tulis bahawa kebebasan sebenarnya adalah melepaskan diri dari bisikan hawa nafsu dan syahwat, juga dari tradisi dan kebiasaan-kebiasaan yang menyimpang dan sesat.


  Dari sini jelaslah majlis yang di situ ada kaum lelaki wanita bercampur sama sekali tidak sesuai dengan tabiat Islam dan ajaran Islam. Sebab pesona berahi yang ada dalam naluri lelaki dan wanita mempunyai suatu kekuatan yang tidak boleh di elak, yang akan menjadi bertambah kuat jika keduanya saling berkumpul.


  Di sebutkan dalam '' Nailul Autsar '' bab ''Larangan berkhalwat dengan wanita bukan mahram''. Berkhalwat dengan wanita lain sudah disepakati oleh para Ulama' tentang pengharamannya sebagaimana hal ini telah dikisahkan Al Hafizh di dalam Al Fath. Alasan pengharaman tersebut kerana apa yang disebut di dalam hadis tentang adanya syaitan sebagai orang ketiga daripada keduanya yang boleh mengheret keduanya ke dalam kedurhakaan. Namun jika khalwat itu disertai oleh mahram, itu diperbolehkan kerana kemungkinan terjadinya maksiat boleh dicegah kerana kehadiran mahram tersebut.


  Sebab tabiat kekeluargaan itu sangat cenderung untuk mendorong lelaki berani memasuki tempat wanita kerana beralasan adanya hubungan kerabat. Sehingga mereka berani mengetuk pintu baik pada siang mahupun malam hari, baik ada kepentingan ataupun tidak ada. Tetapi apabila perkara ini seringkali terjadi akhirnya hal ini menimbulkan akibat yang sangat merbahaya dan boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan atau bahkan penceraian.


  Luqman berwasiat kepada anak lelakinya, '' Takutlah kamu terhadap wanita yang buruk kerana ia membuatmu beruban sebelum kamu beruban. Dan takutlah wanita-wanita yang jahat kerana mereka tidak mengajak kepada kebaikan dan jadilah kamu berhati-hati dalam memilih mereka''.





( A.ABDURRAHMAN AHMAD.)

Sunday, July 10, 2011

WANITA SOLIHAH DAN POLITIK











  Rasulullah Saw bersabda '' Tidak beruntung suatu qaum yang menyerahkan kepimpinan negaranya kepada seorang wanita''. ( anNasa'i )


  Dalam '' Huququl Mar'ah '' ditulis bahawa muslimah pada awal Islam tidak mempunyai peranan apapun dalam urusan politik, meskipun Islam memberinya haq yang sama dengan haq lelaki. Tidak pernah diriwayat bahwa setelah Rasulullah SAW wafat, ada wanita yang ikut bermusyawarah dengan qaum lelaki, ikut serta dalam membuat keputusan siapa yang akan menjadi Khalifah sesudah Baginda SAW. Juga dalam memilih salah seorang di antara Khulafa'ur Rasyidin yang empat itu.


  Tidak pula diriwayat bahawa Khulafa'ur Rasyidin mengumpul para wanita secara khusus untuk mengajak bermusyawarah dalam berbagai urusan daulah seperti yang mereka lakukan bersama qaum lelaki.


  Kalaupun ada dalil yang dipergunakan oleh orang-orang yang beranggapan bahawa wanita juga ikut turut campur dalam urusan politik serta hukum. Mereka menguatkan pendapatnya dengan alasan bahawa Aisyah r.anha pernah keluar untuk menuntut pembunuhan Ustman r.a.


  Padahal ternyata Aisyah r.anha telah menyesal atas perbuatannya itu. Sehingga perbuatan ini tidak boleh dijadikan dalil intuk menciptakan sesuatu yang baru di dalam Islam. Tatkala Ali r.a menulis surat kepada Ummul Mukminin untuk mengingatkan bahawa apa yang hendak dibuatnya itu adalah melanggar ketetapan syariat, maka dia berkata di dalam suratnya itu ;


  ''Amma ba'd, Sesungguhnya engkau keluar dalam keadaan marah kepada Allah dan RasulNya. Engkau menuntut sesuatu yang engkau sendiri tidak memiliki kemampuan. Apa urusan wanita dan peranan serta perbaikan yang boleh dilakukan di antara manusia? Engkau menuntut darah Ustman r.a.


Demi hidupku, apakah yang mendorong engkau untuk membuka dirimu bagi bencana yang membawamu kepada kederhakaan yang jesterunya dosanya lebih besar bagimu daripada orang-orang yang membunuh Ustman r.a? ''


 
Kemudian tatkala perang Jamal telah padam, maka Ali r.a. datang menemuinya, seraya berkata kepadanya, '' wahai wanita yang berada di dalam hijab, Allah memerintahkan agar engkau berdiam di dalam rumahmu namun engkau keluar untuk berperang ''. Maka Aisyah r.anha tidak mampu memberikan jawapan yang dapat menyokong akan perbuatannya itu dan bukti Islam membolehkan hal itu baginya. Padahal beliau adalah orang yang memiliki ilmu pengetahuan.


  Bahkan di riwayat bahawa Aisyah r.anha masih bergelut dengan rasa sesal atas perbuatannya hingga di kemudian hari. Di riwayatkan di dalam Al'Isti'ab oleh Ibnul Abdil Barr bahawa Aisyah r.anha mengadu kepada Ibnu Umar r.anhuma seraya berkata, '' Mengapa dulu engkau tidak melarangku sama sekali keluar, wahai Abu Abdurrahmaan? ''.Ibnu Umar r.anhuma menjawab.'' Kerana aku melihat ada seorang lelaki telah mengusai urusanmu dan aku tidak melihat mu menentangnya sama sekali ''. Aisyah r.anha berkata, '' Andaikata engkau melarang aku dahulu, tentu aku tidak akan pergi''.


 Maka apa lagi alasan bagi wanita solihah untuk terjun dalam urusan politik dan pemerintahan?


  Dalam '' Balaghat Annisaa '', diceritakan bahawa pada saat dekat ajalnya, Aisyah r.anha rasa gelisah ketika ditanya apa sebabnya, Aisyah r.anha menjawab, '' Sesungguhnya hari terjadinya perang Jamal telah menghalang tengggorokanku! Ahh seandainya aku lupa atau dapat melupakan peristiwa itu''.


  Syeikh Sulaiman Arafah mengatakan bahawa sungguh sangat tidak logik jika wanita dilarang menjadi pemimpin atas rumahtangganya, tapi kemudian dia diberi haq kepimpinan atas berbagai urusan ummat.


( A.ABDURRAHMAN AHMAD.)



Jom Pakai pakaian Sunnah!

Jom Pakai pakaian Sunnah!
Allah pun Suka.(^_^)

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH

ISTERI CERDIK YANG SOLIHAH
Taat perintah Allah,ikut Sunnah Rasulullah Saw dan pandai mnghibur suami!(^__________^)