Rasulullah Saw bersabda '' Tidak beruntung suatu qaum yang menyerahkan kepimpinan negaranya kepada seorang wanita''. ( anNasa'i )
Dalam '' Huququl Mar'ah '' ditulis bahawa muslimah pada awal Islam tidak mempunyai peranan apapun dalam urusan politik, meskipun Islam memberinya haq yang sama dengan haq lelaki. Tidak pernah diriwayat bahwa setelah Rasulullah SAW wafat, ada wanita yang ikut bermusyawarah dengan qaum lelaki, ikut serta dalam membuat keputusan siapa yang akan menjadi Khalifah sesudah Baginda SAW. Juga dalam memilih salah seorang di antara Khulafa'ur Rasyidin yang empat itu.
Tidak pula diriwayat bahawa Khulafa'ur Rasyidin mengumpul para wanita secara khusus untuk mengajak bermusyawarah dalam berbagai urusan daulah seperti yang mereka lakukan bersama qaum lelaki.
Kalaupun ada dalil yang dipergunakan oleh orang-orang yang beranggapan bahawa wanita juga ikut turut campur dalam urusan politik serta hukum. Mereka menguatkan pendapatnya dengan alasan bahawa Aisyah r.anha pernah keluar untuk menuntut pembunuhan Ustman r.a.
Padahal ternyata Aisyah r.anha telah menyesal atas perbuatannya itu. Sehingga perbuatan ini tidak boleh dijadikan dalil intuk menciptakan sesuatu yang baru di dalam Islam. Tatkala Ali r.a menulis surat kepada Ummul Mukminin untuk mengingatkan bahawa apa yang hendak dibuatnya itu adalah melanggar ketetapan syariat, maka dia berkata di dalam suratnya itu ;
''Amma ba'd, Sesungguhnya engkau keluar dalam keadaan marah kepada Allah dan RasulNya. Engkau menuntut sesuatu yang engkau sendiri tidak memiliki kemampuan. Apa urusan wanita dan peranan serta perbaikan yang boleh dilakukan di antara manusia? Engkau menuntut darah Ustman r.a.
Demi hidupku, apakah yang mendorong engkau untuk membuka dirimu bagi bencana yang membawamu kepada kederhakaan yang jesterunya dosanya lebih besar bagimu daripada orang-orang yang membunuh Ustman r.a? ''
Kemudian tatkala perang Jamal telah padam, maka Ali r.a. datang menemuinya, seraya berkata kepadanya, '' wahai wanita yang berada di dalam hijab, Allah memerintahkan agar engkau berdiam di dalam rumahmu namun engkau keluar untuk berperang ''. Maka Aisyah r.anha tidak mampu memberikan jawapan yang dapat menyokong akan perbuatannya itu dan bukti Islam membolehkan hal itu baginya. Padahal beliau adalah orang yang memiliki ilmu pengetahuan.
Bahkan di riwayat bahawa Aisyah r.anha masih bergelut dengan rasa sesal atas perbuatannya hingga di kemudian hari. Di riwayatkan di dalam Al'Isti'ab oleh Ibnul Abdil Barr bahawa Aisyah r.anha mengadu kepada Ibnu Umar r.anhuma seraya berkata, '' Mengapa dulu engkau tidak melarangku sama sekali keluar, wahai Abu Abdurrahmaan? ''.Ibnu Umar r.anhuma menjawab.'' Kerana aku melihat ada seorang lelaki telah mengusai urusanmu dan aku tidak melihat mu menentangnya sama sekali ''. Aisyah r.anha berkata, '' Andaikata engkau melarang aku dahulu, tentu aku tidak akan pergi''.
Maka apa lagi alasan bagi wanita solihah untuk terjun dalam urusan politik dan pemerintahan?
Dalam '' Balaghat Annisaa '', diceritakan bahawa pada saat dekat ajalnya, Aisyah r.anha rasa gelisah ketika ditanya apa sebabnya, Aisyah r.anha menjawab, '' Sesungguhnya hari terjadinya perang Jamal telah menghalang tengggorokanku! Ahh seandainya aku lupa atau dapat melupakan peristiwa itu''.
Syeikh Sulaiman Arafah mengatakan bahawa sungguh sangat tidak logik jika wanita dilarang menjadi pemimpin atas rumahtangganya, tapi kemudian dia diberi haq kepimpinan atas berbagai urusan ummat.
( A.ABDURRAHMAN AHMAD.)
No comments:
Post a Comment